TARIKH : 15 MEI 2011
HARI : AHADMASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : HOTEL PINETREE, BATU PAHAT
PERASMI : YBHG SAUDARI ANITA BINTI MURAD
Exco Puteri UMNO Malaysia,
Merangkap
Ketua Puteri UMNO Bahagian Tenggara.
Alhamdulilah syukur Kehadrai Ilahi,
Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian
Parit sulong telah selamat bersidang
dengan lancar dan berjaya.
Tahniah diucapkan kepada Ketua Puteri
Cik Siti Aileen Bt Ahmad
di atas kejayaan mesyuarat persidangan ini.
Mesyuarat pewakilan pada kali ini telah menunjukkan
peningkatan kehadiran yang sangat membanggakan.
Peningkatan ini menunjukkan
bahawa puteri UMNO telah berjaya menarik ramai
pewakilan yang hadir dan berikutan juga penambahan kuota kerusi pada setiap cawangan iaitu seramai 5 orang
untuk hadir ke mesyuarat persidangan.
Tahniah juga diucapkan kepada semua AJK Puteri UMNO Bahagian
yang memberikan kerjasama dari awal hingga ke akhir
mesyuarat persidangan ini.
Terima Kasih tidak terhingga kepada perasmi kita
Ybhg Saudari Anita Binti Murad
kerana sudi menerima undangan Puteri Bahagian Parit Sulong,
seterusnya telah merasmikan mesyuarat dan juga melancarkan blog
Puteri UMNO Bahagian Parit Sulong ini.
Terima Kasih juga diucapkan kepada
YB Datuk Haji Ahmad Zahri Bin Jamil,
Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong.
YB Dato' Noraini Bt Ahmad,
Ahli Parlimen Parit Sulong.
YB Datuk Ariss Bin Shamsudin,
ADUN Semerah.
Ybhg Pn Sharipah Bt Wahid,
Ketua Wanita.
Puteri UMNO Bahagian Batu Pahat,
Diketuai oleh Pn Farah Bt Zainal
selaku penyelaras
Puteri UMNO Perhubungan Negeri Johor.
serta;
3 orang AJK Bahagian selaku Pemerhati
iaitu
En Alias, En Marwan dan Ustaz Abu Kasim.
Terima Kasih yang tidak terucap kepada
semua Pewakilan Puteri yang hadir.
Kehadiran kalian telah menjayakan mesyuarat ini dan
mendapat pujian dari YAB Datuk Ketua Bahagian.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak pengurusan Hotel
di atas segala kerjasama anda.
dan terima kasih kepada semua yang teribat secara
langsung atau tidak langsung di dalam
menjayakan Mesyuarat Pewakilan ini.
Sekian jumpa lagi Mesyuarat Pewakilan Tahun 2012.
*****************
FOTO-FOTO SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS PERSIDANGAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan