Rabu, 30 Mac 2011

CERITA LAMA DALAM KENANGAN

As Salam...

Untuk semua Puteri Prihatin..
Sebenarnya Puteri UMNO Parit Sulong telah melaksanakan beberapa aktiviti
sepanjang bulan Dis 10 - Mac 11..
Disebabkan blog ni baru ajer dilahirkan, maka
barulah pihak kami boleh berkongsi cerita..


Pengalaman yang tak dapat dilupakan antara aktiviti yang telah dilaksanakan

ialah

semasa sama-sama bekerja keras untuk PRK di Dun Tenang pada 
bulan Disember 2010...

Fuh.....

hebat dan menakjubkan...
sehinggakan daerah mengundi di kawasan yang kami bekerja keras 
menang besar..
Tahniah... kepada penduduk kawasan Air Panas, Labis... 
Segala kemesraaan, kenangan dan apa ajelah yang indah
tak akan kami lupakan...
Terutama kenangan pahit
terperangkap dalam banjir...
Untuk pengetahuan Puteri prihatin, pada hari mengundi
kawasan Labis dituruni hujan yang tak berhenti-henti...
tak caya cuba tengak gambar kat bawah ni

masa ni baru sikit air naik...
tengok tu ujan lebat dan terus lebat..

Cikgu Nora dan Kak Aileen

Kak Apit main air...


Dila n Mimi rendam kaki


masa ni kat bilik gerakan dan dalam masa ni gak 
air dah pun masuk dalam bilik gerakan

syok gak main air tapi...
risau gak masa tukan ari mengundi..
risau sebab ramai lagi yang tak kuar mengundi...

tapi kami Puteri, Wanita, AJK Bahagian Parit Sulong
dan penduduk kg Kolam Air Panas terus juga meredah banjir dan ujan
untuk pastikan penduduk keluar mengundi..

Sehinggalah petang air semakin naik dan dikhabarkan jalan 
untuk keluar dari Kolam Air Panas ke Pekan Labis dah tak leh lalu
untuk kenderaan...

Ah... bermakna kami tak leh balik parit sulong la...

Malam tu dengan keadaan gelap sebab bekalan elektrik terputus, 
hujan tak berenti, sliper dah kena hanyutkan air, 
kami semua
tidolah dalam kereta....

SUDDENLY...

bangun...bangun...kami dikejutkan dari tido
 jalan dah leh lalu...
tengok jam kul 3 pagi...

apa lagi...kami semua start engine kereta dan
terus balik... 
bye..bye... Pekan air Panas..
Sejak dari pukul 3 pagi tu dan sehinggalah sekarang..
Kami tak penah lagi ke Pekan Air Panas...
Bukan sebab fobia atau takut tapi...
ada sebabnya... nak tahu???
Tunggu cerita seterusnya.....

  

Ahad, 27 Mac 2011

GERAK GEMPUR PENGUNDI RUMAH KE RUMAH

DAERAH MENGUNDI BATU PUTEH
               Tarikh : 20 Mac 2011
               Tempat : Kampung Batu Puteh

Dimulakan dengan Bismillah dan Doa...
semoga segalanya diberkati Allah Taala



Puteri Ke Rumah Pengundi


***


DAERAH MENGUNDI GAMBUT
                  Tarikh : 27 Mac 2011
                  Tempat : Dewan Gambut

Berkumpul di Dewan Gambut Untuk Taklimat




Puteri Bersedia Gempur Pengundi Gambut



KETUA PUTERI DI MASUKKAN KE HOSPITAL PUTRA

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Putra pada hari Jumaat 25 Mac, jam 10.30 pagi...

Sehingga hari ini beliau masih di Hospital Putra... 
Kepada semua Puteri Prihatin sama-samalah kita mendoakan Cik Siti Aileen semoga cepat sembuh....
Siapa yang berkesempatan silalah datang melawat ya.....





PENUBUHAN PUTERI UMNO CAWANGAN PARIT JU

                Tarikh : 27 Mac 2011
                Masa   : 10.30 Pagi
                Tempat : Balai Raya Parit Ju

Gimik Perasmian Penubuhan Puteri UMNO 
Cawangan Parit Ju



Ketua Cawangan Parit Ju En. Shaari 
dan Wakil Puteri UMNO Bahagian


Cik Rafidah(N.Ketua)Menyerahkan Fail Puteri Cawangan 
Kepada Setiausaha Cawangan Cik Juliza


Penyerahan Sumbangan Tabung Puteri Cawangan Parit Ju 
Kepada Bendahari Cawangan Pn.Dora


Cenderahati Puteri Cawangan kepada 
Naib Ketua Puteri Bahagian


Ahli Puteri Cawangan Parit Ju

Sabtu, 26 Mac 2011


SEJARAH PUTERI UMNO



Penubuhan Puteri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.

Cadangan penubuhan Puteri UMNO ini diputuskan oleh Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Julai 2000. Majlis Tertinggi bersetuju secara prinsipnya menubuhkan Puteri UMNO bagi memenuhi keperluan golongan wanita muda yang berminat menyertai parti itu.
Justeru, pada 9 April 2001 hari Isnin, Puteri UMNO dengan rasminya diperkenalkan kepada umum. Bagi merealisasikan Puteri UMNO sebagai barisan yang mampu bertindak secara profesional dalam parti di kalangan wanita muda, YB Datuk Azalina telah dilantik menjadi Ketua Penaja Puteri UMNO. Bersama beliau juga dilantik beberapa barisan Exco yang mampu mendukung cita-cita parti mengekalkan kedaulatan Melayu.
Pada 3 Ogos 2001 tercatat satu lagi sejarah dalam kamus parti UMNO apabila sayapnya, Puteri dilancarkan oleh YAB Presiden UMNO, Tun Mahathir Mohamad di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Selepas berusia 55 tahun, akhirnya UMNO mengambil keputusan untuk ‘melahirkan’ seorang puteri bagi memantapkan barisan perjuangan yang sedia ada sejak 1946. Puteri UMNO yang diilhamkan sendiri oleh Presiden UMNO, adalah pelengkap kepada Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO yang sedia ada.

Puteri UMNO dicadangkan kepada wanita Bumiputera yang berusia 18 hingga 40 tahun tetapi setelah dibahaskan di dalam MKT, had umur yang dipersetujui ialah 18 hingga 35 tahun. Oleh yang demikian, setiap wanita warganegara Malaysia berstatus Bumiputera berusia 18 hingga 35 tahun boleh menjadi ahli Puteri UMNO.

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO


Pada 20 hingga 23 Jun 2001 adalah julung kali Perhimpunan Agung UMNO menerima ‘tetamu baru’ apabila 25 pemimpin PUteri menyertai perhimpunan tersebut. Biarpun bertaraf pemerhati, delegasi Puteri yang menyertai perhimpunan itu mendapat perhatian banyak pihak terutamanya media dan pemimpin tertinggi parti. Paling membanggakan apabila Ketua Puteri , Azalina Othman Said berucap pada hari kedua perhimpunan tersebut iaitu 22 jun 2001. Dengan suara lantang penuh sopan, beliau menyuarakan segala cita-cita Puteri dan arah tuju Puteri dalam usaha berjuang bersama pemimpin lain. Beliau juga menjelaskan bahawa perjuangan Puteri adalah selari dengan sayap UMNO yang lain cuma pendekatan yang sedikit berbeza dilakukan bagi disesuaikan dengan sasaran. Perhimpunan ini juga adalah kesempatan kepada pemimpin Puteri untuk beramah mesra dan mengenali sekian ramai ahli UMNO yang menyertai perhimpunan tersebut sama ada sebagai perwakilan atau pemerhati. Sewaktu berlangsungnya perhimpunan ini dua pemimpin Puteri telah ditemuramah oleh RTM dan disiarkan secara langsung oleh RTM. Ketua Penerangan Puteri, Mastina Abdul Hamid diundang bagi membincangkan isu politik dan generasi muda bagi membincangkan isu politik dan generasi muda bersama Exco Pergerakan Wanita UMNO Dr. Noraesah Mohamad dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Adham Baba. Manakala, Exco Perhubungan Media, Siti Rohayah Attan juga ditemuramah secara langsung oleh RTM bersama Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Azimi Daim bagi membincangkan soal globalisasi.