Ahad, 8 Mei 2011

PENUBUHAN PUTERI CAWANGAN SEPADU

Tarikh : 09 April 2011
Hari   : Sabtu
Masa   : 10.00 Malam
Tempat : Perkarangan Rumah Dato' Zulkarnain


Tahniah Cawangan Sepadu kerana telah menubuhkan
Puteri bagi Cawangan Sepadu. Puteri Cawangan Sepadu ini merupakan
cawangan ke 2 yang telah ditubuhkan pada awal
tahun 2011 ini.

Diharapkan puteri cawangan ini akan bergerak aktif
dalam mengadakan program-program
bagi menarik minat remaja-remaja
yang ada di kawasan Pekan Parit Sulong.


SELAMAT HARI IBU


Selamat Hari Ibu untuk semua Puteri-Puteri 
UMNO Bahagian Parit Sulong yang telah
bergelar ibu...

Semoga sentiasa di dalam keadaan yang sihat
dan dipanjangkan umur untuk memberi didikan
kepada anak-anak tersayang...

-SELAMAT HARI IBU-

Puteri Mahu Bawa Generasi Muda Sahut Agenda Transformasi

Puteri Mahu Bawa Generasi Muda Sahut Agenda Transformasi

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Bersempena dengan Hari Ulang Tahun UMNO ke 65 yang bakal menjelang tidak lama lagi, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yakin rakyat sudah dapat melihat transformasi politik yang sedangkan dilakukan UMNO selepas berdepan ujian getir pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Pada pilihanraya tersebut UMNO sebagai peneraju Barisan Nasional (BN) telah dicabar hebat apabila kehilangan lima buah negeri ke tangan pembangkang selain gagal mempertahankan penguasan dua pertiga di Parlimen .

Namun, dalam tempoh tidak sampai empat tahun, UMNO telah bangkit dan berjaya membina kekuatan dan sokongan daripada rakyat.

Katanya, ini adalah kerana pendekatan yang diamalkan oleh kepimpinan UMNO sendiri di mana UMNO sentiasa mengutamakan dan melibatkan rakyat dalam semua perkara yang dilaksanakan termasuklah dari segi perancangan dan program termasuk isu ekonomi.

“Negara telah melalui pelbagai transformasi begitu juga dari segi kepimpinan UMNO sendiri. UMNO telah melakukan satu transformasi yang cukup jelas dan memberikan impak yang begitu positif kepada ahli-ahli UMNO terutamanya di peringkat akar umbi.

“Ini jelas menunjukkan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang dinamik dan berani menghadapi cabaran dalam melakukan perubahan demi kepentingan seluruh ahli, masyarakat dan negara secara khususnya”, ujar beliau dalam satu wawancara eksklusif bersama UMNO-Online di sini.

Justeru tegasnya ahli-ahli Puteri seluruh negara harus melihat perkara ini sebagai satu langkah positif dan mengambil iktibar untuk melakukan proses tranformasi yang sama di dalam memperkasakan lagi Pergerakan Puteri UMNO dengan menjadikan ianya satu pergerakan menjadi aset kekuatan kepada parti.

“Apa yang pasti, kita melalui tranformasi tersebut dan mengharapkan perubahan yang positif di dalam membentuk dan menyediakan jentera Puteri yang hebat untuk menghadapi cabaran yang lebih besar iaitu pilihanraya umum akan datang.

“Pergerakan Puteri yang mewakili generasi muda dan sudah tentu mereka ini ingin melihat Puteri bukan sahaja sebagai sebuah pergerakan yang mampu membawa suara orang muda tetapi mampu menawarkan khidmat yang diperlukan oleh generasi muda masa kini,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Kesihatan turut menjelaskan, golongan muda merupakan 60 peratus golongan yang boleh dikatakan sebagai ‘decision maker’.

“Di tangan mereka terletak tanggungjawab yang cukup besar untuk melihat ke mana arah tuju negara pada masa akan datang.

“Sekiranya kita tersilap di dalam memberikan didikan dan ilmu kepada anak-anak muda ini, sudah tentu mereka akan tersalah langkah dalam membuat pilihan dan terpengaruh dengan pihak-pihak yang hanya menawarkan mimpi-mimpi kosong”, ujarnya.

Tahun ini jelas beliau genap 10 tahun usia Pergerakan Puteri dan pergerakan ini harus terus berusaha keras untuk berbakti kepada negara dan melahirkan generasi muda yang mampu mendukung aspirasi yang telah digariskan oleh kepimpinan bermula dari sebelum, selepas merdeka dan pada ketika ini.

“Generasi muda ketika ini adalah generasi yang perlu bertindak bijak dalam menentukan masa depan mereka dan generasi mereka.

”Kita perlu akui hakikat masa depan negara ini sebahagian besar adalah terletak di tangan golongan muda yang bijak pandai ini,” katanya. -MediaUMNO


Berita Bertarikh 3 May 2011 Pada 1:12 PM

Puteri Perlu Sedia Ke Depan Tangkis Dakyah Pembangkang

Puteri Perlu Sedia Ke Depan Tangkis Dakyah Pembangkang
PASIR PUTEH, 6 Mei – Pergerakan Puteri UMNO  mesti berada di barisan hadapan dalam menangkis sebarang dakyah parti pembangkang di samping memenangi hati pengundi pilihan raya akan datang, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.Beliau berkata jika Puteri gagal memainkan peranan itu sehingga memberi kesan kepada keputusan pilihan raya akan datang, ia boleh memberi impak besar kepada negara, sehingga mengakibatkan orang Melayu kehilangan kuasa, dan agama Islam terpinggir.
Katanya ini kerana 45 peratus daripada jumlah pengundi pada pilihan raya umum akan datang terdiri daripada golongan yang berumur 45 tahun ke bawah, yang lebih mudah dan sesuai didekati Puteri UMNO untuk meraih sokongan mereka.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO  Bahagian Pasir Puteh di sini, hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata pergerakan itu kini mempunyai 600 penulis blog pada laman ‘facebook’ dan ‘twitter’ di seluruh negara bagi tujuan itu.

Berita Bertarikh 6 May 2011 Pada 6:19 PM