Rabu, 24 Ogos 2011

CERIA BERSAMA ANAK ANAK YATIM

AHAD , 21 OGOS 2011 , satu lagi program Puteri UMNO Bahagian Parit Sulong telah diadakan , iaitu PROGRAM UKHUWAH FILLAH : CERIA BERSAMA ANAK ANAK YATIM di Carrefour , Batu Pahat , JOHOR . Seramai 52 orang anak anak yatim telah dibawa oleh AJK Puteri Bahagian untuk membeli belah sempena hari raya yang bakal kunjung tiba .

Semoga program yang dijalankan ini dapat memberi keceriaan kepada anak anak yatim tersebut , walaupun kehilangan insan tersayang dalam hidup mereka tiada galang gantinya , namun , kami tetap juga berusaha untuk melihat senyuman manis mereka pada 1 Syawal nanti . InsyaALLAH .


program ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Parit Sulong , Dato' Noraini Ahmad . anak anak yatim tersebut turut menerima duit raya daripada beliau . Terima kasih , Dato' Noraini kerana hadir :)

PROGRAM BUBUR LAMBUK PUTERI PRIHATIN

Alhamdullilah , pada hari Ahad , 14 Ogos 2011 yang lalu , bersamaan 14 Ramadhan 1432H , hampir semua AJK Puteri Bahagian Parit Sulong turun padang bagi menjayakan program Bubur Lambuk Puteri Prihatin di Surau Al Falah Taman Pantai , Batu Pahat , Johor .

Program ini secara tidak langsung dapat membantu penduduk setempat menyediakan bubur lambuk serta mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama Islam . Terima kasih diucapkan kepada semua Puteri yang membantu , dan juga penduduk kawasan tersebut .


senyuman penuh bergaya dari Cik Rafidah Salleh :)


bubur lambuk yang sungguh menyelerakan , tak sabar rasanya nak makan semasa waktu berbuka ! haa , sabar je lah . 

Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran 2011

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL QURAN 


Alhamdullilah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-NYA , majlis tadarus dan khatam Al Quran di kediaman rasmi Menteri Besar Johor SAUJANA telah selamat berlangsung dengan jayanya , pada hari Sabtu , 13 Ogos 2011 yang lalu . 

Diharap , majlis ini dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara Puteri yang lain dan semoga kita sentiasa mendapat rahmat dari-NYA . Memperbanyakkan amal ibadat semasa bulan Ramadhan adalah amat digalakkan .

 

selamat berbuka puasaa :)


semoga majlis seperti ini akan terus dijalankan pada setiap tahun , InsyaALLAH :)

Isnin, 8 Ogos 2011

PROGRAM UKHUWAH FILLAH RAMADHAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN PARIT SULONG TAHUN 2011/1432H

Bil
Hari/Tarikh/Masa
Aktiviti
Cawangan/ Tempat
1
Ahad/7 Ogos
8.30 malam
Solat Terawih dan Sumbangan Moreh
Seri Jaya Sepakat/
Masjid Nurul Huda Parit Jayos 4
2
Sabtu/13 Ogos
10.00 pagi
Tadarus
Saujana/
Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor
3
Ahad/14 Ogos
12.00 tengahari
Memasak Bubur Lambuk
Jeragan/
Surau Al-Falah Taman Pantai
4
Sabtu/20 Ogos
8.30 malam
Solat Terawih dan Sumbangan Moreh
Benteng Kiri/
Surau Al-Falah
5
Ahad/21 Ogos
11.00 pagi
Ceria Raya
(membeli pakaian sempena sambutan Aidilfitri)
2 anak yatim bagi setiap Puteri UMNO Cawangan (26 cawangan)/
Carrefour
6
Sabtu/27 Ogos
6.45 petang
Majlis Berbuka
Semua pegawai dan jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Parit Sulong/
Hotel Crystal Inn