Rabu, 24 Ogos 2011

CERIA BERSAMA ANAK ANAK YATIM

AHAD , 21 OGOS 2011 , satu lagi program Puteri UMNO Bahagian Parit Sulong telah diadakan , iaitu PROGRAM UKHUWAH FILLAH : CERIA BERSAMA ANAK ANAK YATIM di Carrefour , Batu Pahat , JOHOR . Seramai 52 orang anak anak yatim telah dibawa oleh AJK Puteri Bahagian untuk membeli belah sempena hari raya yang bakal kunjung tiba .

Semoga program yang dijalankan ini dapat memberi keceriaan kepada anak anak yatim tersebut , walaupun kehilangan insan tersayang dalam hidup mereka tiada galang gantinya , namun , kami tetap juga berusaha untuk melihat senyuman manis mereka pada 1 Syawal nanti . InsyaALLAH .


program ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Parit Sulong , Dato' Noraini Ahmad . anak anak yatim tersebut turut menerima duit raya daripada beliau . Terima kasih , Dato' Noraini kerana hadir :)

Tiada ulasan: