Ahad, 24 Julai 2011

PROGRAM SEBELUM RAMADHAN

PROGRAM GOTONG ROYONG PUTERI PRIHATIN GAMBUT



TARIKH : 24 JULAI 2011
HARI : AHAD
TEMPAT : RUMAH PN SALINAH SELAMAT, PARIT SIMEN, SEMERAH.
ANJURAN : PUTERI UMNO CAWANGAN GAMBUT DAN KERJASAMA JKKK KAMPUNG GAMBUT SERTA PUTERI UMNO BAHAGIAN PARIT SULONG.


Alhamdulilah...
Bersyukur kepada-Nya kerana mempermudahkan
segala aktiviti program pada hari ini..

Program gotong-royong ini bertujuan untuk membantu
keluarga Pn. Salinah Selamat sebagai persedian 
menyambut bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.

Semoga program ini menggembirakan hati beliau dan anaknya
dan mengharapkan bulan ramadhan yang akan tiba 
akan disambut dengan lebih meriah dan penuh makna.

Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat
di dalam program ini..
Semoga program ini dapat mengeratkan tali silaturahim 
antara kita semua... Amin...











Khamis, 21 Julai 2011

PROGRAM GEMPUR PENGUNDI DAN JUARA RAKYAT DAERAH MENGUNDI PARIT PENGHULU

DAERAH MENGUNDI PARIT PENGHULU


TARIKH       :  17 JULAI 2011
HARI         :  SABTU


Program jejak pengundi diteruskan di Daerah Mengundi Parit Penghulu..
Alhamdulilah berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang
baik dari penduduk kampung Parit Betong, Parit Penghulu dan 
Parit Gawong.

Program dimulakan jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.
Jumlah pengundi yang belum mendaftar dapat dikesan
dengan jumlah seramai 89 orang.

Aktiviti disambung dengan pelbagai aktiviti bersama penduduk kampung
melalui Program Juara Rakyat. Antara programnya adalah
mewarna, memasak, memancing dan pada malam diadakan 
sembahyang Isyak berjemaah dan ceramah.