Ahad, 8 Mei 2011

Puteri Perlu Sedia Ke Depan Tangkis Dakyah Pembangkang

Puteri Perlu Sedia Ke Depan Tangkis Dakyah Pembangkang
PASIR PUTEH, 6 Mei – Pergerakan Puteri UMNO  mesti berada di barisan hadapan dalam menangkis sebarang dakyah parti pembangkang di samping memenangi hati pengundi pilihan raya akan datang, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.Beliau berkata jika Puteri gagal memainkan peranan itu sehingga memberi kesan kepada keputusan pilihan raya akan datang, ia boleh memberi impak besar kepada negara, sehingga mengakibatkan orang Melayu kehilangan kuasa, dan agama Islam terpinggir.
Katanya ini kerana 45 peratus daripada jumlah pengundi pada pilihan raya umum akan datang terdiri daripada golongan yang berumur 45 tahun ke bawah, yang lebih mudah dan sesuai didekati Puteri UMNO untuk meraih sokongan mereka.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO  Bahagian Pasir Puteh di sini, hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata pergerakan itu kini mempunyai 600 penulis blog pada laman ‘facebook’ dan ‘twitter’ di seluruh negara bagi tujuan itu.

Berita Bertarikh 6 May 2011 Pada 6:19 PM

Tiada ulasan: