Ahad, 24 April 2011

2011 : MENYELARAS PUTERI BAHAGIAN TENGGARA

Tarikh : 24 April 2011 
Hari   : Ahad
Masa   : 9.30 Pagi
Tempat : Hotel Mayres, Kota Tinggi


Sepertimana ketetapan di atas kami 
Puteri UMNO Bahagian Parit Sulong
mewakili Puteri UMNO Perhubungan Negeri Johor 
telah diamanahkan menjadi Penyelaras Puteri Bahagian Tenggara.

Alhamdulilah bersyukur kehadrat Ilahi kerana
semuanya dipermudahkan.

Tahniah kepada Puteri UMNO Bahagian Tenggara terutama 
kepada Cik Anita Ketua Puteri dan AJK nya kerana
telah berjaya bersidang dan segalanya berjalan lancar.

Kami, Puteri UMNO Bahagian Parit Sulong
mengucapkan jutaan terima kasih di atas segalanya...
Terutama cenderamatanya.... 

KALAU ADA SUMUR DILADANG,
BOLEH KITA MENUMPANG MANDI,
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG,
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI.

Sekian...

Khamis, 21 April 2011

GERAK GEMPUR PENGUNDI RUMAH KE RUMAH

DAERAH MENGUNDI PARIT OTHMAN
                        
TARIKH    : 10 APRIL 2004
HARI      : AHAD
MASA      : 9.00 PAGI - 11.00 PAGI
TEMPAT    : BALAI RAYA PT OTHMAN

Tepat jam 9.00 pagi kami Puteri-Puteri UMNO Bahagian Parit Sulong 
bersama-sama dengan Tn. Hj. Syed Hood Bin Syed Edrus
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong merangkap
 Pengerusi Biro Politik dan Keahlian 
serta AJK Bahagian,
Wanita Bahagian, Pemuda Bahagian dan penduduk Kampung
bagi daerah mengundi Parit Othman
berkumpul di Balai Raya Parit Othman bagi 
mencari penduduk daerah mengundi tersebut yang
masih belum mendaftar sebagai pengundi.



TAKLIMAT DARI KETUA DAERAH MENGUNDI


BERSIAP SEDIA UNTUK GEMPUR


KAMI PUTERI PRIHATIN



PENGUNDI PERTAMA MENDAFTAR


CIK SITI AILEEN BERAMAH MESRA DENGAN 
WANITA CAWANGAN PT OTHMAN



PUTERI MENJALANKAN TUGAS


KUNJUNG ZIARAH DI RUMAH KETUA KAMPUNG


DI BALAI RAYA WANITA CAWANGAN MENGADAKAN
PERTANDINGAN MASAKAN KAMPUNG SEMPENA
PROGRAM JUARA RAKYAT 

PENGUMUMAN JUMLAH PENGUNDI BARU YANG 
TELAH DIGEMPUR


KEPUTUSAN : 90 ORANG PENGUNDI BARU


Rabu, 30 Mac 2011

CERITA LAMA DALAM KENANGAN

As Salam...

Untuk semua Puteri Prihatin..
Sebenarnya Puteri UMNO Parit Sulong telah melaksanakan beberapa aktiviti
sepanjang bulan Dis 10 - Mac 11..
Disebabkan blog ni baru ajer dilahirkan, maka
barulah pihak kami boleh berkongsi cerita..


Pengalaman yang tak dapat dilupakan antara aktiviti yang telah dilaksanakan

ialah

semasa sama-sama bekerja keras untuk PRK di Dun Tenang pada 
bulan Disember 2010...

Fuh.....

hebat dan menakjubkan...
sehinggakan daerah mengundi di kawasan yang kami bekerja keras 
menang besar..
Tahniah... kepada penduduk kawasan Air Panas, Labis... 
Segala kemesraaan, kenangan dan apa ajelah yang indah
tak akan kami lupakan...
Terutama kenangan pahit
terperangkap dalam banjir...
Untuk pengetahuan Puteri prihatin, pada hari mengundi
kawasan Labis dituruni hujan yang tak berhenti-henti...
tak caya cuba tengak gambar kat bawah ni

masa ni baru sikit air naik...
tengok tu ujan lebat dan terus lebat..

Cikgu Nora dan Kak Aileen

Kak Apit main air...


Dila n Mimi rendam kaki


masa ni kat bilik gerakan dan dalam masa ni gak 
air dah pun masuk dalam bilik gerakan

syok gak main air tapi...
risau gak masa tukan ari mengundi..
risau sebab ramai lagi yang tak kuar mengundi...

tapi kami Puteri, Wanita, AJK Bahagian Parit Sulong
dan penduduk kg Kolam Air Panas terus juga meredah banjir dan ujan
untuk pastikan penduduk keluar mengundi..

Sehinggalah petang air semakin naik dan dikhabarkan jalan 
untuk keluar dari Kolam Air Panas ke Pekan Labis dah tak leh lalu
untuk kenderaan...

Ah... bermakna kami tak leh balik parit sulong la...

Malam tu dengan keadaan gelap sebab bekalan elektrik terputus, 
hujan tak berenti, sliper dah kena hanyutkan air, 
kami semua
tidolah dalam kereta....

SUDDENLY...

bangun...bangun...kami dikejutkan dari tido
 jalan dah leh lalu...
tengok jam kul 3 pagi...

apa lagi...kami semua start engine kereta dan
terus balik... 
bye..bye... Pekan air Panas..
Sejak dari pukul 3 pagi tu dan sehinggalah sekarang..
Kami tak penah lagi ke Pekan Air Panas...
Bukan sebab fobia atau takut tapi...
ada sebabnya... nak tahu???
Tunggu cerita seterusnya.....