Ahad, 8 Mei 2011
SELAMAT HARI IBU
Puteri Mahu Bawa Generasi Muda Sahut Agenda Transformasi
KUALA LUMPUR, 3 Mei – Bersempena dengan Hari Ulang Tahun UMNO ke 65 yang bakal menjelang tidak lama lagi, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yakin rakyat sudah dapat melihat transformasi politik yang sedangkan dilakukan UMNO selepas berdepan ujian getir pilihanraya umum ke 12 yang lalu.
Pada pilihanraya tersebut UMNO sebagai peneraju Barisan Nasional (BN) telah dicabar hebat apabila kehilangan lima buah negeri ke tangan pembangkang selain gagal mempertahankan penguasan dua pertiga di Parlimen .
Namun, dalam tempoh tidak sampai empat tahun, UMNO telah bangkit dan berjaya membina kekuatan dan sokongan daripada rakyat.
Katanya, ini adalah kerana pendekatan yang diamalkan oleh kepimpinan UMNO sendiri di mana UMNO sentiasa mengutamakan dan melibatkan rakyat dalam semua perkara yang dilaksanakan termasuklah dari segi perancangan dan program termasuk isu ekonomi.
“Negara telah melalui pelbagai transformasi begitu juga dari segi kepimpinan UMNO sendiri. UMNO telah melakukan satu transformasi yang cukup jelas dan memberikan impak yang begitu positif kepada ahli-ahli UMNO terutamanya di peringkat akar umbi.
“Ini jelas menunjukkan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang dinamik dan berani menghadapi cabaran dalam melakukan perubahan demi kepentingan seluruh ahli, masyarakat dan negara secara khususnya”, ujar beliau dalam satu wawancara eksklusif bersama UMNO-Online di sini.
Justeru tegasnya ahli-ahli Puteri seluruh negara harus melihat perkara ini sebagai satu langkah positif dan mengambil iktibar untuk melakukan proses tranformasi yang sama di dalam memperkasakan lagi Pergerakan Puteri UMNO dengan menjadikan ianya satu pergerakan menjadi aset kekuatan kepada parti.
“Apa yang pasti, kita melalui tranformasi tersebut dan mengharapkan perubahan yang positif di dalam membentuk dan menyediakan jentera Puteri yang hebat untuk menghadapi cabaran yang lebih besar iaitu pilihanraya umum akan datang.

“Pergerakan Puteri yang mewakili generasi muda dan sudah tentu mereka ini ingin melihat Puteri bukan sahaja sebagai sebuah pergerakan yang mampu membawa suara orang muda tetapi mampu menawarkan khidmat yang diperlukan oleh generasi muda masa kini,” katanya.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Kesihatan turut menjelaskan, golongan muda merupakan 60 peratus golongan yang boleh dikatakan sebagai ‘decision maker’.
“Di tangan mereka terletak tanggungjawab yang cukup besar untuk melihat ke mana arah tuju negara pada masa akan datang.
“Sekiranya kita tersilap di dalam memberikan didikan dan ilmu kepada anak-anak muda ini, sudah tentu mereka akan tersalah langkah dalam membuat pilihan dan terpengaruh dengan pihak-pihak yang hanya menawarkan mimpi-mimpi kosong”, ujarnya.
Tahun ini jelas beliau genap 10 tahun usia Pergerakan Puteri dan pergerakan ini harus terus berusaha keras untuk berbakti kepada negara dan melahirkan generasi muda yang mampu mendukung aspirasi yang telah digariskan oleh kepimpinan bermula dari sebelum, selepas merdeka dan pada ketika ini.
“Generasi muda ketika ini adalah generasi yang perlu bertindak bijak dalam menentukan masa depan mereka dan generasi mereka.
”Kita perlu akui hakikat masa depan negara ini sebahagian besar adalah terletak di tangan golongan muda yang bijak pandai ini,” katanya. -MediaUMNO
Puteri Perlu Sedia Ke Depan Tangkis Dakyah Pembangkang
PASIR PUTEH, 6 Mei – Pergerakan Puteri UMNO mesti berada di barisan hadapan dalam menangkis sebarang dakyah parti pembangkang di samping memenangi hati pengundi pilihan raya akan datang, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.Beliau berkata jika Puteri gagal memainkan peranan itu sehingga memberi kesan kepada keputusan pilihan raya akan datang, ia boleh memberi impak besar kepada negara, sehingga mengakibatkan orang Melayu kehilangan kuasa, dan agama Islam terpinggir.
Rabu, 4 Mei 2011
PROGRAM MEWARNA SEMPENA HARI BURUH 2011 ANJURAN CAWANGAN SEPADU
Khamis, 28 April 2011
SAMBUNGAN CERITA LAMA DALAM KENANGAN
nilah dia...
kawasan kami pula dilanda banjir...
air Labis turun ditempat kami, katanya la..
tak tahulah ni fakta atau auta...
bermula dari hari pertama bilik Gerakan Banjir
dibuka hinggalah Bilik Gerakan ditutup
kami secara bergilir-gilir bertugas.
Walaubagaimanapun,
Kami Puteri UMNO Bahagian Parit Sulong
diberi tugasan oleh Ketua Puteri(Cik Siti Aileen)
untuk
tidak ketinggalan memberi sumbangan berbentuk
tenaga dan juga menggembirakan hati
kanak-kanak melalui beberapa Program Mewarna...
Ikuti beberapa gambar ceritera kami
semasa banjir melanda kawasan Seri Medan..
DI DALAM BILIK GERAKAN BANJIR..,
MEMANG SIBUK
MENJAMU SELERA BERSAMA DATO' NORAINI
DAN DATIN AINI
SIAP SEDIA KE PUSAT PEMINDAHAN BANJIR
PERTANDINGAN MEWARNA DI PUSAT PEMINDAHAN
BANJIR SA SERI MEDAN
PENYAMPAIAN HADIAH OLEH KETUA PUTERI
IBUBAPA DAN ANAK-ANAK
MEMBERI KERJASAMA
TIBA-TIBA...APA TU..
KAH..KAH..(ketawa sampai menangis kami)
EXZOS KENDERAAN LASAK YANG KAMI NAIKI TANGGAL...
INILAH EXZOSNYA...
KENANGAN YANG TAK DAPAT DILUPAKAN
PERJALANAN DITERUSKAN,
PADANG SK SERI DAYONG SEPERTI LAUTAN
JALAN MASUK KE PUSAT PEMINDAHAN JUGA
DINAIKI AIR, MENYEBABKAN MANGSA BANJIR
TERPUTUS HUBUNGAN JALAN
ALHAMDULILAH... SAMPAI DI PUSAT PEMINDAHAN
SURAU PARIT BADAK. SURAU INI
TERLETAK DI ATAS BUKIT.
PERTANDINGAN MEWARNA DIADAKAN BAGI
MENGISI MASA MEREKA DI PUSAT PEMINDAHAN
MANGSA BANJIR PUSAT PEMINDAHAN
SURAU PARIT BADAK
AHLI PUTERI YANG SAMA-SAMA
DALAM PROGRAM INI
CIK SITI AILEEN (KETUA PUTERI) YANG PRIHATIN
MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG
SEBELUM BALIK KAMI DIHIDANGKAN DENGAN
HIDANGAN NASI DIPUSAT PEMINDAHAN
(dah macam mangsa banjir)
BERSELERA KAMI MAKAN...
Alhamdulilah, bersyukur kami kehadrat Ilahi
kerana segala program berjalan lancar.
Semoga sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati
adik-adik mangsa banjir tersebut.
Begitulah cerita kami Puteri UMNO Bahagian Parit Sulong,
yang telah sama-sama membantu UMNO Bahagian
Parit Sulong bagi membantu mangsa-mangsa
banjir di kawasan Seri Medan ini.
Semoga usaha kami ini mendapat berkat dari
Allah yang esa INSYAALLAH...
Sekian, Terima Kasih Puteri Prihatin...









